APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.
STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4
( b ) 925
( c ) 830
( d ) 800
STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN
24
CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT
1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
750 X 24 = 18K
1000
Nama-nama lama panggilan kepada Emas :
Emas Se Amas = 2.551 gm
Emas Se Rial =2.70 gm
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
Emas 1 Mayam = 3.37 gm
Hina Besi kerana karat Mulia Emas kerana kilat













anjamis
26/02/2011 at 8:01 pm
saya berminat untuk pengetahui lebih lanjut mengenai dinar emas.
@s@
26/02/2011 at 9:28 pm
Salam…dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:
- 1 dinar (4.25g)
- 5 dinar (21.25g)
- 10 dinar (42.5g)
setiap dinar emas yang dibeli akan dertakan dengan sijil ketulenan dan harga dinar ini boleh dirujuk melalui website Klik Public Dinar untuk mengenal pasti harga semasa. Untuk makluman harga emas ini dijual mengikut harga pasaran antarabangsa dan harga sentiasa berubah mengikut pasaran.
Dinar emas hari ini adalah salah satu cara mudah kita membuat pelaburan emas.. Ini kerana harga dinar emas agak murah dan mampu dimiliki. Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya cadangkan anda bermula dengan dinar emas.
Selain rupanya yang cantik, dinar emas mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia boleh digunakan sebagai mas kahwin, membayar zakat dengan lebih tepat, sebagai hadiah kepada orang tersayang serta penyimpan nilai yang unggul.
anjamis
09/03/2011 at 6:03 pm
Assalamuailaikum wbt.
Jika saya ingin membeli dinar emas,dimana saya perlu membelinya… sama ada di Public Bank atau melalui dealer. Bagaimana pula dengan perak.
@s@
09/03/2011 at 6:11 pm
walaikummussalam..jika anda ingin membeli dinar emas, boleh melalui dealer-dealer yang berhampiran tempat anda. Anda berada di kawasan mana? Untuk pengetahuan anda, Public Bank tiada menyediakan dinar emas ini dan ia tiada kaitan dengan Public Gold.