RSS

Pabila Musim Tengkujuh Menjelma…

22 Feb

Assalammualaikum…alhamdulillah tuan-tuan dan puan-puan apa khabar? Salam semangat perjuangan 1 Dinar untuk 1 Keluarga Islam 1 Malaysia untuk kita semua. Mudah-mudahan usaha ini dapat direalisasikan untuk mendinarkan rakyat Malaysia hari ini tercapai jika adanya sokongan dan galakan dari anda semua Insyaallah. Maksudnya saya di sini berniat untuk menggalakan setiap keluarga Islam di Malaysia, bumi yang bertuah ini mesti memiliki dan menyimpan walau hanya 1 Dinar pun tidak mengapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian…tajuk blog yang saya hendak sampaikan hari ini ialah Pabila Musim Tengkujuh Menjelma. Sebagaimana yang diketahui, musim tengkujuh biasanya berlaku di pantai timur dan terjadi antara bulan 11 dan bulan 12 di penghujung tahun. Di musim ini laut bergelora sudah pasti nelayan-nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan. Bermakna mereka tidak mempunyai hasil pendapatan selama beberapa bulan.

Apakah sumber pendapatan mereka ini selain menangkap ikan? Adakah dengan menangkap ikan sungai pulak? Adakah membaiki bot atau pukat boleh mendatangkan pendapatan untuk menyara mereka sekeluarga? Tidak sama sekali tetapi banyak mengeluarkan modal disamping membiayai keperluan keluarga seharian. Amat memeritkan bagi mereka ini yang tidak mempunyai pendapatan tetap tidak seperti orang makan gaji seperti saya dan anda semua.

Melalui perbualan saya dengan rakan yang berasal dari Pantai Timur..Nanana TengGhanu Kita…orang Terengganu la..kebanyakan mereka ini sudah membuat persediaan untuk menghadapi musim ini dan memang ada perancangan mereka tersendiri sebenarnya. Ada yang menyimpan duit dan yang lebih bijak wang lagi ada yang telah menyimpan emas terlebih dahulu dari awal tahun dari sumber pendapatan menangkap ikan ini. Sapa kata nelayan ini tidak kaya, kaya apa?. Dapat duit je, dia orang terus beli emas, dah la ikan tidak payah susah-payah untuk membelinya. Lain la kita serba-serbi kena beli, betul?

Bagi mereka apabila tiba musim tengkujuh ini, kebanyakan mereka ini boleh tersenyum lagi. Macam tidak ada apa yang berlaku dalam hidup mereka. Pelik tapi benar. Inilah yang berlaku sebenarnya. Dia orang tidak payah meminta-minta sedekah dengan orang lain dan meminjam-meminjam dengan saudara mara untuk mendapatkan duit. Dengan emas di tangan, boleh buat apa saja. Bermakna para nelayan ini menggunakan sistem pajakan Islam (Ar Rahnu ) untuk mendapatkan duit bagi keperluan selama 2 bulan ini.

Di sini saya ingin anda berfikir bagaimanakah kehidupan di kampung jika dibandingkan dengan kita di bandar lebih-lebih lagi di bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Adakah sama? Tidak sama sekali. Kehidupan di Pantai Timur ada Musim Tengkujuhnya. Adakah kehidupan di kawasan lain tiada Musim Tengkujuhnya? Nelayan di kampung menangkap ikan di laut, kita di bandar bekerja di pejabat. Apa bezanya? Tiada bezanya, sama2 mencari rezeki yang patuh syariah di sisi agama.

Ini bermakna orang di bandar pun ada juga musim tengkujuhnya. Masa bila musim tengkujuh ni tuan-tuan dan puan-puan? Nak tahu. Masa gaji dapat awal macam baru-baru ni Sempena Tahun Baru Cina. Dapat gaji bulan untuk bulan 2, pada 8 hb Februari 2010, awal sangat kan? Adakah dapat menampung perbelanjaan ke bulan 3? Bagi yang bijak dan disiplin dalam kewangan, mungkin tiada masalah tetapi bagaimana bagi kita yang memang mempunyai masalah dalam kewangan lebih-lebih lagi dari segi simpanan dan bagaimana jika ada berlaku hal-hal mengejut @ emergency.

Jadi saya berpesan kepada diri saya sendiri dan tuan-tuan dan puan simpanlah dan milikilah emas sekarang. Bersedialah sebelum Musim Tengkujuh Menjelma. Jika di Pantai Timur kita tahu bila musim ini datang tetapi kita yang hidup di bandar ini musim ini boleh datang bila-bila masa sahaja..Sediakan Emas Sebelum Musim Tengkujuh..Sekian terima kasih..

 
5 Komen

Posted by di 22/02/2010 in Emas, Kisah teladan

 

Label: , ,

5 responses to “Pabila Musim Tengkujuh Menjelma…

  1. dinardaneal

    22/02/2010 at 5:52 pm

    Betul tu kawan,mereka yang sodar aja yang mengerti nilai emas sebenar,Allah beri otak tapi tak nak fikir panjang.Yang dio orang tau musim tengkujuh aja merompak,menyamun.putar alam,ragut,rasuah dan,dan dan…… macam2 lagi jalan pintas.itu yang dia orang tau

     
    • abdul sapawi

      23/02/2010 at 2:56 pm

      Sama2 kita menuju ke jalan yang benar..ihdinassirotholmustaqim…amin

       
  2. sydeen

    22/02/2010 at 8:17 pm

    fanatik emas btol kawan aku sorang ni… hahaha

     
    • abdul sapawi

      23/02/2010 at 2:55 pm

      Fanatik disebabkan emas itu fanstastic!

       
  3. megat

    03/03/2010 at 10:42 am

    betul lah apo yang yang di ucapkan tu… aku setuju sangat-2…hihih, pikir apo lagi jom pakat beli emas…

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: