RSS

Kita Bekerja Untuk Duit @ Duit Bekerja Untuk Kita!

10 Feb

Assalammualaikum dan salam sejahtera…alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana masih lg diberikan nikmat yang melimpah ruah yang tidak terhingga untuk kita semua. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi S.A.W, rasul junjungan yang telah menyebarkan Rahmat ke seluruh alam.

Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan sekalian? Bagaimana kehidupan anda sekarang, masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan hidup di bumi yang sementara ini atau sebaliknya? Bagi yang telah menyimpan gold bar, semangat sentiasa berkobar-kobar, bagi yang menyimpan dinar hidup sentiasa bersinar-sinar. Yelah sekurang-kurangnya emas yang kita miliki itu menjadi peneman hidup dan pembantu anda dikala kesusahan. Hebatkan emas ini bukan? Logam mulia ciptaan Allah Swt, Subhanallah!

Hari ini kita lihat berpagi-pagi lagi si suami keluar bekerja dan juga si isteri turut sama bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Ini dilakukan semata-mata untuk menampung keperluan hidup seharian yang semakin memerlukan kewangan yang banyak. Bekerja untuk mendapatkan duit, duit untuk menampung keperluaan asas seharian. Perkara ini berulang-ulang saban tahun lagi dan lagi sehingga Allah SWT menjemput kita kembali. Di doakan saya dan anda semua di panjangkan umur dan murah rezeki ye! AMIN!

Biasanya dari gaji setiap bulan diperolehi, duit disimpan dari lebihan perbelanjaan bulanan. Atau ada yang bijaksana, gaji disimpan dan yang selebihnya adalah perbelajaan. Sesetengah berpendapat tidak kira berapa duit simpanan yang dibuat, janji ada simpan. Bagi yang memikirkan keuntungan dari simpanan akan di masukkan ke dalam unit amanah,unit pelaburan untuk mendapatkan pulangan dalam jangka masa panjang.

Jadi hari ini kita sebenarnya bekerja untuk duit, begitu juga dengan saya dan tuan-tuan serta puan-puan sekalian.Kita memang tidak lari perkara ini kerana inilah sumber pendapatan kita semua. Tetapi konsep ini boleh diubah jika sekiranya kita tahu untuk menjana duit dari duit dan harta yang kita ada selama ini baik duit, emas, rumah dan tanah.

Semua ini akan menjanakan duit kepada kita jika tahu dan pandai menguruskannya. Dengan perkataan duit bekerja untuk menghasilkan duit lagi. Inilah konsep selalu digunakan pakai oleh org yang bijak wang. Kenapa? Sebab duitlah yang perlu bekerja untuk kita sebenarnya sudahlah kita bersusah payah kerananya. Jadi apa sumbangan duit pada kita, apa lagi bekerja untuk kita la pulak kan?

Sebagai contoh, saya buat perbandingan harga 1 Dinar pada tahun lepas, 24 Februari 2010 ialah RM535.00, seorang pelanggan saya, telah membeli 2 keping harga tersebut dengan tunai/cash money. Ikuti coretan saya yang lalu Hanya Orang Kaya Mampu Beli Emas? dan sila klik disini Public Dinar untuk lihat harga semasa. Lihat harga 1 Dinar pada hari ini berapa banyak kenaikannya. Memanglah kenaikannya nampak macam sikit je, iye lah hanya 100-150 dalam sekeping. Cuba anda try test darab dengan 2 keping, 3 keping dan seterusnnya berapa keping yang anda beli pada tahun lepas bergantung dengan modal anda. Sudah pasti jawapan yang anda dapat ialah untung dengan kenaikan semasa bukan? Untuk pengetahuan anda pada tahun 2004 rakan saya ada membeli 1 dinar Muslim x 5 berharga RM240.00 sekeping. Anda dapat bayangkan dan kira sendiri berapa banyak kenaikan emas semasa dari tahun 2004 hingga kini.

Disini ingin saya berkongsi jika anda simpan dalam bentuk emas dengan duit anda pada tahun 2004, nilai emas anda pada hari ini bukan lagi bernilai RM240. Jika anda simpan dalam bank, duit anda tidak dapat akan nilai ini malah mati hidup semula xdapat. Maaf cakap ye! Adakah ini bermaksud simpan duit dalam bentuk emas bermakna duit bekerja untuk kita? Sama-sama kita fikirkan!

Tuan-tuan dan puan-puan…saya ingin tanya anda semula…adakah hari ini kita berkerja untuk duit atau duit bekerja untuk kita? Anda sendiri membuat pilihannya….Terserah!

Fix Deposit Public Bank

Fix Deposit MayBank

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10/02/2011 in Tips Pelaburan

 

Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: