RSS

Dinar & Dirham Negeri Perak Akan Muncul Tidak Lama Lagi….Tunggu!!!

12 Feb

Assalammualaikum…apa khabar rakyat negeri Perak? Harap-harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Di sini ada satu berita yang hendak dikongsi bersama tuan-tuan dan puan-puan yang mana negeri Perak akan memperkenalkan dinar emas dan dirham sendiri tidak lama lagi. Saya tidak pasti tidak lama lagi tu bila mungkin tahun ini atau tahun hadapan . Kita sama-samalah tungggu ye. Tetapi dinar emas dan dirham yang bakal diperkenalkan bukanlah untuk digunakan untuk urusniaga pada masa sekarang. InsyaAllah akan tiba masanya kita semua akan menggunakannya. Pesanan saya sebelum dinar emas dan dirham negeri Perak diperkenalkan, tidak salah kiranya jika anda membeli dinar emas yang terhangat di pasaran pada ketika ini. Nanti bila dah keluar baru kita semua pakat-pakat duk beli…Betul? Klik Public Gold dan Public Dinar untuk lihat harga semasa hari ini.

Gambar Hiasan

Pautan Akhbar Online:

Dinar emas, dirham perak bukan untuk urusan jual beli – MB

IPOH 26 Jan. – Dinar emas dan dirham perak, yang akan diperkenalkan kerajaan Perak, adalah instrumen pelaburan dan simpanan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau menegaskan dinar dan dirham itu tidak boleh digunakan dalam urusan jual beli.

“Langkah memperkenalkan dinar emas dan dirham perak itu dibuat kerajaan negeri memandangkan orang ramai pada masa sekarang lebih cenderung menyimpan emas berikutan nilainya yang sentiasa meningkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau berkata, atas dasar itu kerajaan negeri memperkenalkan dinar emas dan dirham perak yang berbeza dengan mata wang kerana nilai mata wang boleh jatuh bila-bila masa dan boleh mendatangkan kerugian kepada penyimpan.

Zambry menjelaskan sebelum melaksanakan langkah itu, idea mengenainya perlu difahami supaya tidak menimbulkan masalah kepada sistem ekonomi pada masa ini. – Bernama

 
Leave a comment

Posted by di 12/02/2011 in Dinar Emas, Dirham Perak

 

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.