Kelmarin PNB mengumumkan berita berikut (sumber Utusan):
Seramai 6.78 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal mendapat agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2009.
Jumlah agihan pendapatan dan bonus itu meningkat daripada tahun lalu masing-masing sebanyak 7.00 dan 1.75 sen seunit.
Urusniaga ASB akan ditutup mulai 21 Disember 2009 hingga 3 Jan 2010 ni. Boleh semak dividen yang anda perolehi pada 4 Jan 2010.

Bonus ASB 7.3 % & Dividen 1.25%, Emas?
Macam mana pulak pengiraannya?
Senang saja. Kalau anda labur RM1000 pada awal tahun. Berapa yg anda dapat?
Baki minima sepanjang 2009 = 12 x 1000 = 12,000.
Maka dividen = 12,000/12 x 7.3% = 73.00
Baki minima sepanjang 10 tahun lepas = 12 x 1000 (9 tahun lagi tu kosong).
Maka bonus = 12,000/120 x 1.25% = 1.25
Jumlah pendapatan = 73.00 + 1.25 = RM74.25
Kalau ada yang perasan, agihan dividen dan bonus tahun 2009 ni sama dgn 2006.
P/s : Ingin melabur dalam ASB atau dalam Emas? Sila buat pilihan anda secara bijak ye?