RSS

Syiling Emas

23 Nov

Kenal Syiling Emas?

SEJARAH WANG EMAS

Imam Malik r.a menjelaskan – wang ialah apa-apa barangan yang lazimnya diterima pakai (bersifat ‘ayn) sebagai bahan tukaran. Tiada barangan yang boleh dipaksa menjadi wang kerana kita kita bebas menggunakan apa sahaja barangan sebagai tukaran.

Wang Kertas seperti Dollar US tiada sifat ‘ayn malahan nilainya dipaksa oleh kuasa pasaran. Jika ia dianggap barang pun nilainya hanyalah mengikut berat kertas dan bukannya menurut nilai nombor yang tertera di atasnya.

PIAWAIAN WANG EMAS

Piawaian menurut berat yang dikenali sebagai Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menentukan iaitu:

– Setiap 10 Dirham bersamaan dengan 7 Dinar
– Setiap Dinar mestilah ada 4.25 gram emas
– Setiap Dirham ada 3 gram perak.

Dinar dan Dirham telah digunakan untuk urusan perniagaan, menabung dan juga membayar zakat (Umar Vadillo 1996)

Fatwa Shaykh Muhammad ‘Illish (1802-1881), pakar pengajian fikah di Universiti Al-Azhar menyebut bahawa wang kertas tidak dizakatkan sebagaimanA wang emas dan wang perak kerana ianya dianggap sebagai fulus (wang syiling tembaga) atau loose-change. Ianya hanya mewakili wang dan tiada nilai barangan. (Lihat fatwa beliau dalam terjemahan Al-Fath Al-”AliAl-Maliki ms 164-165)

PENEKANAN MENGGUNAKAN WANG EMAS DI DALAM EKONOMI KERAJAAN ISLAM

Sejarah Islam menunjukkan kita bahawa wang emas (Dinar) dan Wang Perak (dirham) telah digunakan sehinggalah berakhirnya Kerajaan Islam Turki. Sejarah kegemilangan pemerintahan dan ekonomi Islam telah menggunakan Dinar dan Dirham sebagai matawang didalam urusniaganya.

Kajian Umar Vadiloo menunjukkan bahawa Al-Qurtubi dan Tafsir beliau telah mentaafsirkan tentang ayat Al-Quran yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu…”

Ayat tersebut merupakan satu perintah supaya Umat Islam taat kepada pemerintah dalam 7 perkara. Perkara pertamanya ialah penempaan Dinar Emas dan Dirham yang lainnya ialah menetapkan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu’ah, Hari Raya (Puasa dan Korban) dan jihad.

WANG EMAS IALAH WANG SEJATI

Wang sejati yang bebas dari spekulasi menandakan bahawa kerajaan juga bebas merdeka dari spekulasi. Tiada kemerdekaan tulen selagi tiada mata wang tulen. Tidak hairanlah Al-Qurtubi meletakkan perkara Dinar dan Dirham sebagai perkara utama tentang patuh dan taat kepada pemerintah.

Note: Dinar Enas yang digunakan di Dubai

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23/11/2009 in Dinar Emas, Emas

 

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: