RSS

Kenapa Anda Perlu Memiliki Emas

24 Nov

Emas adalah logam yang sangat istimewa. Bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana:

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan
Emas adalah lambang kekuasaan
Emas adalah lambang kejayaan di akhirat
Emas sebagai lambang kekayaan.

Emas itu adalah lambang kekayaan kerana ia adalah wang.

Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh dunia. Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana ‘dipaksa oleh pemerintah’.Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling baik, selamat dan bijak.

Emas itu lambang kecantikan.

Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas.
Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia. Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas. Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas.

Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya, gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka nenek, moyang etc. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang. Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas. Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin

Emas itu lambang kekuasaan.

Emas adalah logam terpilih. Raja-raja biasanya menggunakan emas pada mahkota, keris dan alat-alat kebesaran kerajaan. Ini secara tidak langsung mengaitkan emas dengan kekuasaan. Even kat Malaysia sekarang, kita semua tahu bahawa kuning ialah warna Diraja.


Emas itu lambang kejayaan di akhirat.

Satu perkara yang menarik mengenai emas ialah ianya wujud di dalam syurga. Al-Quran di dalam surah Al-Hajj menyebut emas adalah simbol kejayaan dan kemewahan penduduk syurga. Mereka akan dipakaikan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka diperbuat daripada sutera.
“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera ”
(Surah Al-Hajj:23)

Jadi, memang Allah SWT mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat jua.. Memang logam terpilih emas ni .

Bagi mereka yang belum membeli emas. Cuba beli seketul. Letak kat tapak tangan. Kemudian cuba renung betul-betul. Saya jamin emas tersebut akan memberikan anda satu ‘good feeling’.

 
4 Komen

Posted by di 24/11/2009 in Emas

 

Label: ,

4 responses to “Kenapa Anda Perlu Memiliki Emas

  1. ebizz

    24/11/2009 at 12:36 pm

    salam

    Terima kasih krn menyebarkan emas.

    Semoga kita selalu beroleh keuntungan dunia n akhirat,

     
  2. khairulnizam

    26/11/2009 at 1:24 pm

    salam ziarah juga, thanks melawat blog saudara

    selamat datang ke dunia emas…..tak nyesal buat emas, teruskan berniaga dan simpan emas……semua negara di dunia tengah berbondong-bondong beli dan simpan emas…mereka tahu sesuatu yg mungkin kita tak tahu….so follow the trend……..

     
    • abdul sapawi

      26/11/2009 at 9:53 pm

      Tq kerana sudi kongsi pencarian emas…semoga usaha kita memiliki emas yang hilang akan tercapai…

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: