RSS

Ruang-Peluang-Habuan

27 Nov

Salam 1 emas dan 1 malaysia untuk rakan – rakan seperjuangan emas sekalian dan pembaca blog ini . Rasanya tidak terlambat untuk admin emasdulukiniselamanya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010 kepada semua, semoga sinar hidup kita pada tahun ini secerah kilauan emas yang kita miliki pada hari ini. Dihujung minggu ini saya ingin berkongsi dengan tuan-tuan semua mengenai Ruang-Peluang & Habuan.

Ruang
Setiap daripada kita hari ini tidak dapat dinafikan telah diberi ruang iaitu nikmat oleh Allah s.w.t di mana apa yang kita miliki , baik harta, wang, ringgit, rumah, pangkat,kedudukan, kekayaan dan seumpanya dalam dunia ini bagi menampung kehidupan seharian. Tidak kiralah miskin atau kaya, mewah ataupun sederhana, setiap daripada kita Allah telah menetapkan rezeki masing- masing. Kita diberi ruang untuk menceburi apa – apa bidang dalam pekerjaan yang kita minati dan kita boleh memliki apa sahaja yang kita ingini. Terpulanglah apa cara sekali pun untuk mendapatkan rezeki yang halal asalkan tidak melanggar syariat Islam. Allah tidak melarang kita bekerja keras untuk dunia tetapi dalam masa yang sama kena bekerja keras untuk akhirat. Tetapi malangnya ramai di kalangan kita sanggup bermati-matian untuk dunia tetapi mengabaikan kehidupan di akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

Peluang
Dalam masa yang sama ketika ruang yang diberikan, Allah telah banyak memberi kita semua peluang untuk membuat amal bakti pada diri sendiri. Tidak kiralah peluang itu dalam bentuk duniawi dan ukhrawi, samada untuk menambah amal kebajikan, menambah pendapatan dan seumpanya. Peluang diberikan pada semua manusia dan terpulanglah pada kita semua untuk mengambilnya atau pun tidak. Jika kita berilmu secara automatiknya kita akan berfikir secara waras bahawa peluang hanya datang sekali, peluang hanya datang sekali dalam hidup ini dan jika sekiranya ada peluang kali kedua kepada kita datang sekali lagi, ingatlah nescaya peluang itu tidak sama dengan peluang yang pertama kali hadir itu. Sedangkan peluang hidup di dunia adalah sekali sahaja dan tiada peluang kali ke 2 selepas kematian.

Habuan
Kita sebagai umat islam pasti tahu, telah tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu bahawasanya setiap amal baik yang kita kerjakan di dunia ini akan diganjari di Akhirat kelak, baik sebesar-sebesarnya atau sekecil zarrah sekali pun. Begitulah sebaliknya. Setiap orang mengambil peluang dari ruang yang disediakan oleh ALLAH pasti akan mendapat habuan sama ada didunia dan di akhirat kelak…InsyaALLAH.

Oleh itu tuan-tuan/puan-puan yang saya hormati, saya yang jahil ini berpesan pada diri saya sendiri sama-sama kita miliki emas & milikilah emas. Ambilah peluang keemasan ini dalam ruang terhad yang diberi Oleh-Nya. Nescaya Dia Yang Maha Pemberi Rezeki akan mengurniakan habuan sejajar dengan peluang yang diambil oleh kita ini.

P/S Emas DiMartabatkan Pelaburan Diutamakan

Kenapa Anda Perlu Memiliki Emas

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27/11/2009 in Kisah teladan

 

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: