RSS

ASB LOAN – SIAPA YANG UNTUNG?

10 Jan

Ramai orang yang bertanya samada untung ke rugi buat ASB loan ini. Di sini bukan niat saya untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB RM100,000 yang terdiri dari Deposit RM5,000 manakala RM95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda. Contoh: dividen 7% setahun, anda akan dapat RM7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
—————————————————-
Hasil pengiraan, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun)

Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7-8 tahun. Untung atau rugi?

Jika anda labur RM731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM5,000 yang disimpanutk 8 tahun juga, future value adalah RM8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.

Cara B – Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain bayar bulanan kpd loan
———————————————–
Bagi loan RM95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM175,359 (kos)

Dengan dividen RM7,000 untuk 20 tahun = RM140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM100,000 so Duit Yang Diterima = RM240,000

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM240,000 dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM175,359 shj.

Untung pada mata kasar = RM64,641

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain bayaran bulanan RM731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar.

Ini kerana dengan simpanan RM731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi = RM383,018.

Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’ Total Value jika anda simpan sendiri = RM383,018. Total gain kalau anda ambil loan = RM240,000 so anda Kehilangan Keuntungan RM143,018

Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank

Dengan modal pinjaman RM95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Yang Rugi ==> Anda sebenarnya.

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.

Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang.

P/S Buat loan untuk labur ASB @ labur dengan Emas, siapa untung?

 
4 Komen

Posted by di 10/01/2010 in Kisah teladan, Tips Pelaburan

 

Label: , , ,

4 responses to “ASB LOAN – SIAPA YANG UNTUNG?

  1. Ustaz Nor Amin

    12/01/2010 at 2:41 pm

    Salam macam kenai je blog nih, camne dari elektrik ke emas nih, mushkil-mushkil, apa cita camne dengan emas, nih orang citra yang jolok saya komen nih, sori nooooo

     
  2. abdul sapawi

    13/01/2010 at 2:34 pm

    Maaf atas kekhilafan yang saya utarakan kepada pihak tuan..sila baca artikel ini http://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/ untuk ilmu tentang ASB

     
  3. sydeen

    31/01/2010 at 11:02 am

    ustaz:
    emas tu mcm duit la. semua org perlukan termasuk cekgu elektrik… hehe

     
    • abdul sapawi

      31/01/2010 at 11:42 am

      wahai cikgu2 elektrik & ustaz2 sekalian..simpanlah emas sekarang..simpan emas dah tentu simpan duit..simpan duit belum tentu simpan emas..

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: