RSS

Berduit Belum Tentu Beremas, Beremas Sudah Tentu Berduit!

23 Jan

Salam sejahtera & salam 1 emas untuk semua pembaca blog ini. Apa khabar anda semua? Alhamdulillah semoga anda sihat sebagaimana sihatnya emas yang anda miliki itu. Yang belum lagi miliki emas cepat-cepat milikinya kerana emas ini adalah jaminan dari segi kesihatan mata wang anda (wang simpanan anda terjamin) dan juga kesihatan mata anda (sejuk mata memandangnya).

Topik yang hendak saya bincangkan hari ini ialah berduit belum tentu ada emas, ada emas sudah tentu ada duit. Ye lah kan, setiap di antara kita masing – masing ada duit tidak kira lah duit di tangan atau dalam simpanan. Semua orang ada duit, cuma banyak atau sikit. Dengan duit anda semua boleh buat, boleh beli apa sahaja anda mahu ( saya ada wang! ). Mungkin dalam kotak fikiran kita ketika ini apa-apa sahaja wang pada ketika dan saat ini. Hari ini tiada yang tidak berkehendakan wang. Malah setiap pergerakan kita sesaat memerlukan wang! anda setuju dengan saya? Jadi segala-segalanya adalah wang, tapi kena ingat wang bukanlah segala-segalanya!

Bagi mereka yang berduit dalam simpanan samada Simpanan Tetap (Fix Deposit) dalam Bank, ASB & ASN, Unit Amanah, Takaful Insurans dan sebagainya kita cuma ada simpanan. Kita cuma ada duit. Kita akan dapat imbuhan dari setiap peratus keuntungan yang telah dijanjikan dan tempoh simpanan yang ditetapkan. Dengan hasil yang kita simpan itu, duit itu kita boleh beli apa sahaja sepertimana yang kita perlukan. Bagi yang pikir untuk pelaburan, digunakan untuk pelaburan, bagi yang fikir untuk bisnes digunakan untuk bisnes. Maknanya belum tentu duit itu dilaburkan untuk pelaburan emas jika belum ada kesedaran tentangya. Ye la semua orang berduit kan!

Bagi yang ada kesedaran, dengan duit itu dilaburkan dalam bentuk simpanan emas fizikal. Tahniah saya ucapkan! Emas fizikal ini kita nampak, kita rasa pegang, genggam dan ikutlah apa sahaja kita hendak buat dengannya. Kita simpan tempat yang selamat yang dijamin kesalamatannya. Sebab emas ini mulia di sisi ALLAH S.W.T, orang yang menyimpannya turut sama mulia di sisiNya. Baca karangan saya yang lalu Mulia Emas Kerana Kilat, Hina Besi Kerana Karat.

Dengan emas yang kita simpan ini, kita boleh buat apa sahaja. Secara peribadi saya katakan emas ini memang luar biasa daripada duit. Kenapa saya katakan begitu, nak tahu? Dalam emas itu sendiri kita dah nampak ada duit, kalau dalam duit ada nampak emas? Dalam duit macam-macam kita nampak macam-macam ada, nampak kereta baru, rumah baru, isteri baru (oppss), perabot baru, hand phone baru, rim sukan baru , dan seumpamanya, betul ke idak? Maknanya serba serbi kita nak beli dengan duit jika ada di tangan. Jika emas ditangan? Macam mana hendak buat di buat & bagaimana caranya! Saya tertarik kata-kata Mentor Jutawan Datuk Dr. Azman Ching, Jalan Pasti Mesti Ada Cara!

Bagaimana caranya? Nak jual baru dapat duit, dapat duit emas suadah hilang dan nak kena cari lagi. Ulang lagi perkara yang sama maka berlakulah Pencarian Emas Yang Hilang (macam penah ku dengar ayat ini ). Jadi cara yang terbaik untuk mendapat duit segera ialah dengan bantuan institusi kewangan Islam iaitu Ar Rahnu. Cara ini sudah lama dilupakan oleh org Islam sendiri, kerana kita lebih suka kedai gadai pajak konvensional yang bukan berteraskan Islam.

Maka dengan emas itu, kita sudah tentu kita ada duit untuk dipinjam dari Ar Rahnu dan kadar pinjaman dibayar mengikut ketetapan oleh pihak ar Rahnu. Kita tidak meminjam dari along yang selepas itu kita kena potong! Kita tidak perlu meminjam dari bank as known as (aka) kad kredit. Kita tidak payah pinjam dengan saudara mara ye la takut tebal muka (malu). So dengan cara ini tiap-tiap bulan tidak perlu nak fikir nak bayar interest dan cuma bayar pinjaman dengan kadar upah simpan sahaja. Dengan emas kita hati senang dan tidak perlukan semua ini.

Ar rahnu adalah kad kredit kita sekarang ini, dengan syarat kita kena ada emas. Mlilikilah emas sekarang dan miliki sekarang ! Sebelum anda dimiliki oleh hutang (interest)! Jadi kesimpulannya Berduit Belum Tentu Beremas, Beremas Dah Tentu Berduit!

 
2 Komen

Posted by di 23/01/2010 in Kisah teladan, Tips Pelaburan

 

Label: ,

2 responses to “Berduit Belum Tentu Beremas, Beremas Sudah Tentu Berduit!

  1. sydeen

    03/02/2010 at 10:18 pm

    ingat… ar-rahnu diuruskan oleh org melayu islam. Gadaian kita bakal disekat satu hari nanti sbb mereka kata kita dah salah guna kemudahan yg ar-rahnu buat. aku pun heran, apakah kesalahan yg kita buat?

    katanya mereka akan terima hanya brg kemas sahaja. tidak lagi dinar, goldBar, syiling dsbnya. katanya lagi ar-rahnu hanya ditubuhkan utk org miskin saja…

    ko tgk, bertapa busuk hatinya bansa kita!

     
    • abdul sapawi

      08/02/2010 at 1:58 pm

      Orang yang berkata begitu ialah org yang miskin ilmunya…tidak menilai emas ditempat yang sepatutnya…kayakan diri anda ilmu emas dan kayakan diri anda dengan emas sekarang!

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: