RSS

Mari Jana Emas Yang Anda Miliki Dengan Emas!

07 Feb

Dah ada emas?

Assalammualaikumm….Salam 1 emas dan 1 dinar untuk semua pembaca blog ini tidak kiralah yang sudah ada emas dan yang belum ada emas lagi. Yang dah ada tahniah saya ucapkan dan yang belum ada bila lagi anda hendak memilikinya? Takan anda sekadar tunggu dan lihat sahaja peluang yang ada di hadapan anda dan peluang ini terbang ditiup angin perubahan ekonomi yang berlalu meninggalkan anda…

Saya tertarik kepada kenyataan di mana orang yang beli emas ni hanya orang ada duit je @ org kaya. Orang yang tak ada duit hanya tengok sahaja. Apa-apa yang berlaku berkaitan emas buat tak tahu aje. Orang kata ‘Buat Donno Je Le @ ayat best skit Buat Bodoh Je Le’.

Berkaitan kes ini, sama-sama kita ikuti Sembang Kedai Kopi Episod 1 ni.. Di suatu pagi yang hening ketika waktu rehat 2 orang penjawat awam sedang menikmati minuman di sebuah cafeteria (tempat dirahsiakan). Sambil menghirup kopi si A berkata, Aku dengar ada kawan kita dah beli emas, kau tahu ke?..Baru je nak minum nes tarik si B berkata dengan nada terkejut, “Wow emas! Kayanya sahabat kita tu”..”Ko bile pulak nak membelinya?” tanya si B. “Dia boleh la beli emas, dia byk duit, macam aku apa la sgt, duit pun takde mcam mana nak beli emas!”, jawab si A. “Aku ingat aku pun nak beli la jugak, tp sama la ngn ko tak da duit, kena kumpul duit banyak skit nnti murah aku beli,hermm lama lagi la nampaknya” ngeluh si B sambil menghirup habis nes tariknya itu..mungkin kecewa kot.. (Bersambung)…

Untuk topik hujung minggu ni, saya ingin membincangkan bagaimana kita hendak menjanakan emas semula dengan emas yang kita miliki ini. Sama la kalau orang ada duit (modal) kena dijanakan duit itu untuk tambah keuntungannya maknanya buatlah pelaburan. Kalau simpan dalam bank sahaja penjanaan wang tidak akan berlaku seperti janakuasa elektrik yang tidak mengeluarkan elektrik. Rugi bukan? Dalam istilah lain kita kena beranakan emas ni agar mendapatkan emas yang lebih banyak lagi bergantung kepada masa. Ok paham?

Hari ini anda memiliki emas, sudah pasti anda akan menyimpan emas. Jika anda beli ketika harga rendah, anda simpan selama beberapa tahun dan kena tunggu kenaikan emas selepas itu untuk lihat keuntungan daripada kenaikan emas tersebut. Tapi bagaimana anda boleh janakan simpanan emas itu untuk mendapatkan emas lagi?

Jika kita hendak buat duit dari emas yang kita ada, institusi kewangan manakah yang bertanggungjawab untuk memberi kita pinjaman? Adakah kedai emas & kedai pajak gadai konvensional atau along? Kami bukan along, kami cuma mau potong?

Hanya 1 satu institusi kewangan sahaja yang boleh kita memberi pinjaman mudah dengan emas kita ini ialah Ar Arahnu. Dengan pajakan emas kita di sini, kita akan mendapat duit (modal) untuk membeli emas lagi bukan? Buat pelaburan atas emas itu sendiri. Emas akan dijana jika kita membeli emas dan jika anda gunakan duit itu untuk kegunaan semasa maka emas tidak terjana. Itu sahaja, full stop!.

 
4 Komen

Posted by di 07/02/2010 in Emas, Tips Pelaburan

 

Label:

4 responses to “Mari Jana Emas Yang Anda Miliki Dengan Emas!

  1. sydeen

    10/02/2010 at 7:52 pm

    Orang yang mempunyai emas banyak boleh la…cakap semuanya menjadi bukan?

     
    • abdul sapawi

      10/02/2010 at 9:20 pm

      Setiap yang banyak itu bermula dari yang sedikit….setiap langkah yang jauh itu bermula pada langkah yang pertama…mulakanlah langkah yang pertama anda dengan menyimpan emas yang sedikit demi sedikit itu sekarang…pasti dan pasti ia akan menjadi banyak!

       
  2. dinardaneal

    14/02/2010 at 2:34 pm

    tapi orang yang dapat beli banyak tu kekadang ia sombong membeli yang sikit2. dan kecil2

     
    • abdul sapawi

      16/02/2010 at 4:39 pm

      Mungkinkah masih was-was dengan tindakan yang dilakukan..

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: