RSS

Hanya Orang Kaya Mampu Beli Emas?

10 Feb

Assalammualaikum…salam sejahtera dan salam kilauan emas untuk semua pembaca blog ini…alhamdulillah semoga anda semua sihat sejahtera dan ceria hendaknya disamping emas yang disimpan dan syukur sudah kedengaran ramai rakan-rakan kita sudah mula menyimpan emas. Disamping itu terdapat banyaknya blog-blog emas terhasil bak cendawan tumbuh selepas ribut taufan yang melanda Manila baru-baru ini..Tahniah saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger sekalian kerana usaha anda untuk menyedarkan masyarakat kita yang belum sedar akan kepentingan menyimpan emas. Hidup blogger emas!

Di sini ingin saya kongsi bersama tuan-tuan dan puan-puan sekalian 1 cerita di mana ia boleh di ambil iktibar untuk kita semua. Ye lah kan selalu kita kata orang yang beli emas ni orang kaya dan banyak duit sahaja.

Begini ceritanya; 2 hari lepas saya di datangi seorang pakcik, Husain Bin Puteh (memang nama sebenarnya) seorang tukang kebun di mana tempat saya bekerja. Mulanya saya ingat dia mahu jumpa saya untuk membincangkan perkara lain tetapi rupa-rupanya bertanyakan pasal dinar emas. Dalam kotak pemikiran saya sebelum ini jika saya bercerita dengan pakcik pasal emas sudah pasti dia menolak punya, bukan apa memandangkan pendapatan dia tidak seberapa sebulan, pukul 7 sampai 3 ptg kerja tukang kebun dan selepas itu kul 6 ptg sampai 6 pagi esok keje guard (jaga). Anda boleh bayang tak betapa susahnya kehidupan beliau dan 2 kerja dalam 1 masa untuk menyara keluarga beliau. Itu pengenalan dirinya hendak saya ceritakan disini.

Kemudian saya memberikan penerangan mengenai kelebihan kita menyimpan dinar emas ini sambil menunjuk sample 1 Dinar untuknya. Ye la kita kalau bercerita kena ada bukti, kalau bercerita tak ada bukti bermakna menipu la pulak, betul? Tetapi yang peliknya tanpa banyak soalan @ banyak songeh dia berkehendakan 1 Dinar dulu, pada waktu itu harganya RM535.00. Di sini dia paham akan kepentingan duit yang dimiliknya itu lebih bernilai jika ditukarkan kepada dinar emas. Selepas 1 Jam kemudian dia SMS saya semula dan tidak jadi amik 1 Dinar, hah saya tanye kenapa? Dia kata dia nak amik 2 keping 1 Dinar. Fuh suspen je pakcik ni, biar betui..So dia ambil 2 keping 1Dinar, RM535.00 X2 = RM1070.00.

Lihatlah orang yang pendapatan rendah sebegini pun mampu untuk membeli dinar emas ini, bukan 1 tapi 2. Kalau da keje tukang kebun da tentu pendidikan tidak tinggi, tapi berfikiran positif dan jauh ke hadapan bile cerita tentang emas ini. Sungguh tidak di sangka-sangka. Bukankah dia gaji kecil sangat berbanding dengan yang berpendapatan tinggi. Dari segi logik dia memang tidak mampu nak beli. Dari mana datang duitnya itu? Tidak mungkin datang dari dalam tanah atau jatuh dari langit. Ini sudah tentu dari simpanan dia bukan? Saya pernah bercerita dengan orang yang berpendapatan tinggi, ada yang lebih tinggi dari saya tentang hal ini, tetapi hanya ingin mahu kaji dulu dan tunggu ada duit dulu baru beli. Adakah mereka ini tidak menyimpan atau banyak hutang?

Mungkin tanggapan saya salah. Itu yang menjadi persoalan di sini. Kadang-kadang besar pendapatan kita, besarlah perbelanjaan kita. Simpanan kita selama ini setelah di tolak dengan semua perbelanjaan sedangkan simpanan perlu di tolak dari sebarang perbelanjaan kita terlebih dahulu. Hari ini belum tentu kita boleh membuat potongan tetap untuk dimasukkan dalam tabungan kita. Jika tidak dipotong terus dalam slip gaji belum tentu dalam KWSP or Pencen kita ada simpanan untuk hari tua kita.

Kesimpulannya ialah orang yang berpendapatan rendah mampu untuk membeli emas, tetapi yang berpendapatan tinggi tidak mampu untuk membeli emas. Jadi siapa yang kaya disini?

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10/02/2010 in Dinar Emas, Kisah teladan

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: