RSS

Nilai Emas Disisi Anak!

13 Feb

Assalammualaikum..salam sejahtera dan salam 1 dinar emas untuk 1 keluarga anda semua. Alhamdulillah bersua lagi kita dalam blog Pencarian Emas Yang Hilang ini. Syukur kita panjatkan doa ke hadrat Ilahi kerana saya masih lagi beri kekuatan semua anggota termasuk jari saya ini untuk menulis blog ini dan syukur anda masih lagi diberi kekuatan anggota kaki, tangan untuk mengelik url blog ini https://emasdulukiniselamanya.wordpress.com dan kesihatan mata untuk membaca artikel yang saya karang ini serta kewarasan akal fikiran untuk berfikir selepas membaca artikel ini.

Di sini saya ingin bertanya kepada anda sekalian. Apakah kelebihan orang yang memiliki dan memegang emas ini? Daripada testimonial atau pengalaman, saya telah bertanya salah seorang rakan karib saya yang telah memiliki emas ini dia berkata apabila dia melihat emas ini rasa sayu hati..apabila memegang terasa auranya masuk ke dalam hati..sejuk je hati..jatuh hati…tetapi apabila membawanya mesti berhati-hati kerana takut dicuri..pendek kata hari-hari memikirkan pasal emas ini. Segala masalah hilang dari ingatan dan pandangan apabila emas dalam genggaman dan emas dalam simpanan. Dahsyat betul penangan emas ini kalau anda hendak tahu. Tetapi bagaimana bagi anda yang belum lagi memilikinya…anda tiada rasa apa-apa bukan?

Pengalaman rakan saya itu dengan anaknya yang baru Darjah 3: Ketika dia memberi anaknya duit saku sekolah di suatu pagi, kebetulan ketika itu duit baru kuarkan dari bank. “Sedap bau duit ni, abah!” kata anaknya. Tanya si abah kepada anaknya, “Duit ada bau, kalau emas ada bau x?”. “Emas takde bau abah, tapi ada nilai! kata anaknya itu spontan sambil mengikat tali kasutnya. Nah tuan-tuan dan puan-puan budak darjah 3 tahu menilai emas tetapi anda bagaimana? Jadi jika sekiranya ia bernilai disisi anda rebutlah peluang untuk memiliki emas ini sekarang sebelum duit anda kecairan seperti ais batu yang cair di panahi sinaran mentari di ufuk timur…Sekian selamat berfikir..

 
3 Komen

Posted by di 13/02/2010 in Emas, Kisah teladan

 

Label: ,

3 responses to “Nilai Emas Disisi Anak!

  1. dinardaneal

    13/02/2010 at 2:42 pm

    Masa itu emas…selalu di sebut oleh ibu-bapa, tapi malangnya ibu-bapa tidak mengajar dan mengenali sianak itu bagaimana rupa dan nilai emas. Hanya pandai cakap tapi tak pandai mengajar, itulah BIJAK tapi tak BIJAK untuk bertindak!

     
  2. Zalidan

    14/02/2010 at 7:28 am

    Benar,tidak syak lagi.Bak kata orang, nikmatnya tak terucap dek kata-kata.Ibarat ilmu dan amal, kena ada kedua-duanya untuk merasai nikmat….

     
    • abdul sapawi

      17/02/2010 at 11:56 pm

      ilmu yang tidak di amal ibarat pokok tidak berbuah…tidak memberi apa-apa menafaat ke pada kita…

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: