RSS

Usaha Sebarkan Emas Adalah 1 Kerja Yang Mulia?

16 Feb

Assalammualaikum dan salam percutian 1 Malaysia sempena Tahun Baru Cina. Apa khabar anda semua? Sudah puas bercuti atau ingin bercuti lagi? Alhamdulillah saya baru sahaja pulang bercuti di kampung halaman di Kuantan, Pahang. Lega rasanya setelah dapat mendakap dan memeluk ibu tercinta serta mencium tangan bapa dan sayu di hati kerana dapat melihat air muka mereka begitu ceria sekali kerana anak cucu pulang ke pangkuan setelah sekian lama diperantauan. Terasa ingin sekali tiap-tiap bulan saya melawat mereka tetapi apakan daya jarak, masa dan tugas menjadi halangan untuk berbuat demikian.

Jadi dalam kesempatan yang ada ambilah peluang untuk bersama mereka waulaupun seketika waktu sahaja. Ramai yang berpesan jenguk la ibubapa kita dikampung, mereka tidak inginkan wang ringgit kita tetapi inginkan masa kita sedikit cuma untuk bersama cucu-cucunya yang tercinta. Kunjungilah ibubapa kita sementara mereka masih ada…Ya Allah semoga mereka berada dalam kebahagiaan di sisiMu dan berikanlah mereka kesihatan dalam mentaati perintahMu.

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian berbalik kita kepada cerita emas, sudahkah kita semua tahu kenapa emas ini tinggi nilai disisi manusia? Kenapa emas hari ini begitu mahal harganya dipasaran? Baca Kenapa Emas Ditinggikan Darjatnya Oleh Allah SWT? Jika anda sudah baca dapat disimpulkan bahawa emas ini mulia disisi Allah swt bukan? Apa-apa perkara yang mulia Allah swt baik Al Quran, Kaabah, hatta emas sekalipun akan dijaga kemuliaanya disisi-Nya.

Begitulah emas, apabila dipandang mulia oleh Allah swt, secara automatik akan dipandang mulia dan tinggi nilainya berbanding logam-logam lain. Jadi apa-apa yang ada kaitan dengan emas ini, turut sama mulia. Tidak kiralah orang berurusan dengan emas ini samaada membeli emas dan yang menjual emas ini. Orang tidak akan menghina orang yang membeli emas ini, adakah pernah kita dengar “Ko ni gile beli emas banyak-banyak!” ada ke? Malah memuji dan berdoa macam ni ” Wah! Hebat ko ni beli emas banyak-banyak, ko ni memang kaya la” begitulah bunyinya. Dan begitu juga orang yang menjual emas ini, kerana emas ini mulia disisi Allah maka orang yang berdampaing dengan emas aka menjual emas ini turut mulia. “Wah..Jual emas ke? Hebat, tokey emas la ni..kayo2!”.

Jadi tidak rugi orang yang berniaga emas ini sebenarnya kerana bagi orang yang mengetahuinya, dia akan berdampingan dengan peniaga emas samada untuk berurusniaga atau berkawan dengannya. Lebih-lebih lagi usaha menyebarkan emas ini untuk dimiliki oleh kita semua. Sudahlah emas itu mulia dan menyebarkan emas 1 lagi kerja mulia bukan? Kita sepatutnya berterima kasih kepada peniaga-peniaga emas ini kerana bersusah payah untuk menyebarkan emas sebenarnya. Sepatutnya kita hargai usaha suci murni ini kerana tanpa mereka siapa lagi?

Tahniah saya ucapkan kepada semua dealer-dealer emas Public Gold (rangkaian mahaguru syukor Hashim & Pokli) di seluruh Malaysia termasuk Sabah & sarawak. Masih ingat x lagi kata-kata ini, “Berkawan dengan orang jual minyak wangi, kalau tak dpat minyak wangi sebotol pun tak mengapa, dapat baunya sudah cukup”. Tetapi lain bunyinya jika “Berkawan dengan tokey emas, kalau tak dapat emas seketul tak mengapa la, dapat rasa komisyen skit pun jadi la”….bukan ke begitu?

 
2 Komen

Posted by di 16/02/2010 in Emas, Kisah teladan

 

Label: , ,

2 responses to “Usaha Sebarkan Emas Adalah 1 Kerja Yang Mulia?

  1. dinardaneal

    17/02/2010 at 11:24 pm

    Dapat minum teh tarik pun jadilah,asalkan kita boleh war2kan emas itu mulia disisi Allah

     
    • abdul sapawi

      17/02/2010 at 11:53 pm

      Rezeki yang baik Allah swt telah kurniakan kepada kita dapat dikongsi bersama walaupun sedikit cuma merasainya dengan sahabat handai…alhamdulillah syukur…

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: