RSS

KENAPA KITA PERLU BERNIAGA!

21 Mar

Assalammualaikum..salam sejahtera dan salam 1 emas dari saya untuk anda semua pembaca setia blog ini. Alhamdulillah, bertemu kita kembali setelah sekian lama menyepi. Menyepi tidak semestinya sepi. Sepi dari berita-berita terkini yang perlu anda tahu daripada saya di sini.

Musti anda hendak tahu apa perkembangan terkini tentang saya bukan? Untuk pengetahuan anda baru-baru ini 15 hb March 2010, saya dikejutkan dengan panggilan berita gembira dari Public Fine Gold International Sdn. Bhd yang mengatakan saya telah di naikkan pangkat sebagai Master Dealer, syukur! Klik sini untuk senarai Master Dealer Public Gold.

Rasanya baru sahaja beberapa bulan saya menyertai keluarga besar Public Gold ini, tetapi atas usaha dan dorongan rakan-rakan seangkatan, alhamdulillah saya telah di naikkan pangkat dengan begitu cepatnya. Ini adalah pangkat dalam perniagaan, tetapi dalam pangkat perkerjaan saya sebagai penjawat awam selama hampir 8 tahun sehingga kini belum lagi di naikkan pangkat. Sampai bila? Sampai bila? Harus begini…

Tuan-tuan dan puan-puan…Sudah sekian lama kita berkerja keras dalam pekerjaan kita selama ini bukan? Jadi apa hasil yang anda dapat selepas berhempas pulas selama ini.? Adakah anda berpuas hati? Mesti tidak kan? Memang lah pekerjaan makan gaji, secara peribadi saya katakan rezeki hanya setakat itu sahaja walaupun kita berkerja siang dan malam. Tetapi bagaimana pula jika berniaga. Adakah sama dengan makan gaji? Tidak sesekali sama sekali kerana hasil yang kita akan dapat lebih jika kita berusaha lebih.

Di sini saya sisipkan 10 kenyataan yang mengatakan kenapa kita perlu berniaga untuk dikongsi bersama!

1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.

Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai ketua. Sekurang-kurangnya ketua pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah ketua kepada perusahaannya.

2. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Nah, kalau nak banyak rezeki, carilah ia dalam berniaga.

3. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri.

Sekiranya anda tidak tahan dimarahi majikan setiap hari, maka tidak ada sesiapa yang dapat menegah anda daripada berhenti bekerja untuk orang lain, dan mulakan bekerja untuk perusahaan anda sendiri.

4. Bebas Menentukan Masa Untuk Bekerja.

Tiada sesiapa yang dapat mengarahkan anda untuk bekerja pada masa yang tertentu. Anda bebas untuk memilih pukul berapa hendak mulakan bekerja dan pukul berapa hendak berhenti.

5. Bebas Menentukan Tempat Kerja.

Anda bebas menentukan di mana tempat yang selesa buat anda. Ada sesetengah orang mengusahakan perniagaan melalui internet dari rumah atau bilik tidurnya sahaja.

6. Tentukan Sendiri Berapa Pendapatan Yang Anda Mahu.

Maksudnya anda boleh tetapkan matlamat berapakah pendapatan yang anda inginkan sesuai kehendak dan impian anda. Jika bekerja makan gaji dengan orang lain, bolehkah anda minta gaji RM2000 pada bulan ini dan RM5000 untuk bulan hadapan? Mungkin majikan akan kata, “boleh.. boleh blah..”

7. Makin Tekun Usaha, Makin Banyak Pulangan.

Semakin anda tumpukan perhatian dan semakin gigih anda mengusahakan perusahaan anda itu, maka semakin tinggilah potensi pendapatan anda. Jika makan gaji, mungkin hanya dapat “overtime” dan “anugerah pekerja cemerlang”, tapi tidak boleh beli kereta idaman.

8. Berusaha Berdasarkan Minat Sendiri.

Sebagai contoh, jika minat anda memancing, anda boleh membuka perniagaan menjual alat-alat memancing. Melalui internet pun boleh. Tidak perlu sewa kedai. Ataupun membuka tempat memancing udang secara berbayar mengikut jam. Rasanya ramai pelanggan yang akan masuk, yang terdiri daripada kaki pancing. Daripada bekerja sebagai pembantu kedai alatan memancing, lebih baik mengusahakannya sendiri.

9. Kerja Makan Gaji Adalah Berisiko Tinggi.

Sebenarnya makan gaji lebih berisiko daripada berniaga. Namun kadang-kadang kebenaran lebih pelik dari kebohongan. Dari perspektif pendapatan, apabila bekerja dengan orang lain, pendapatan setiap bulan boleh hilang dengan hanya sehelai kertas dari majikan iaitu notis pemberhentian kerja! Tambahan pula jika bekerja makan gaji, kita hanya ada satu sumber pendapatan, berbanding jika berniaga, kita boleh mempelbagaikan sumber pendapatan.

10. Kebanyakan Orang Kaya Adalah Peniaga.

Adalah sesuatu yang pelik, ramai orang mahu jadi kaya tetapi tidak mahu menempuh jalan yang menyebabkan seseorang itu beroleh kekayaan. Percayalah kekayaan itu lebih mudah jika berniaga.

 
5 Komen

Posted by di 21/03/2010 in Perniagaan

 

Label: ,

5 responses to “KENAPA KITA PERLU BERNIAGA!

  1. Yati

    22/03/2010 at 12:24 am

    betul..betul..betul..saya suka berniaga emas….tp saya juga suka sgt mengajar..terutama skali subjek Math thn 3 kt sklah tuh….
    Saya berusaha menyiapkan mental dan fizikal utk mengimbangi kedua2nya….berniaga emas..menajamkan pemikiran saya utk mengira lebih pantas tanpa menggunakan routine pengiraan yang dipelajari disekolah dulu dan saya bebas mengajar murid saya utk mengira dgn lebih pantas mengikut kefahaman mereka sendiri serta jalan kerja yang lebih mudah mereka fahami….mengajar matematik umpama berniaga emas..manakala berniaga emas membuatkan saya lebih teruja dlm mengatur langkah maju dlm kehidupan dunia akhirat Insya’allah….
    I WORK BECAUSE I CHOOSE TO NOT BECAUSE I HAVE TO….

     
  2. sydeen

    23/03/2010 at 6:56 pm

    aku dah 15 tahun berniaga, msh blom mencapai tahap kaya… bila agaknya.. huhu

     
  3. dinardaneal

    24/03/2010 at 11:23 am

    Kita belajarlah dari orang yang telah berjaya, jangan sekadar tengok dan tepuk tangan sahaja ucap tahniah pada orang tu.

     
  4. wan mn

    25/03/2010 at 11:01 am

    selamat berjaya dan tahniah atas usaha yang dilakukan..

     
  5. ctnur

    26/04/2014 at 11:36 am

    dengan berniaga, kita boleh bantu menyelesaikan banyak masalah orang lain

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: