RSS

Pencarian Emas Yang Hilang Telah Berhijrah?

08 Feb

Assalammualaikum…alhamdullillah, bertemu kembali tuan-tuan dan puan-puan. Pertemuan pada kali ini mungkin akan menyemarakkan lagi perjuangan saya dan anda sekalian dalam memartabatkan emas dikalangan orang Melayu Islam kita. Hari ini bermulanya semula saya dalam penulisan blog ini bukannya untuk suka-suka @ mengada-ngada tetapi hanya satu tujuan agar kita semua sedar bahawa peri pentingnya menyimpan emas tidak kiralah untuk pelaburan atau simpanan. Mohon maaf jika anda terasa. Mohon maaf juga jika tulisan saya yang tidak seberapa ini adalah hanya semata – mata untuk dikongsikan bersama. Untuk maksud itulah hari ini kita lihat makin ramai dikalangan umat Malaysia yang telah sedar tentang perkara ini. Jadi tidak hairanlah jumlah Dealer-dealer Public Gold yang semakin hari semakin ramai dan tidak ketinggalan juga dealer-dealer emas syarikat lain yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Sebelum itu mari kita sama-sama fahami apa itu pengertian HIJRAH.

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud) Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap satu perjuangan yang ‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan sebagai satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Nabi iaitu, pertama di Makkah selama 13 tahun, dan kedua, di Madinah selama 10 tahun. Ini bermakna Rasulullah berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan.

Disini kita boleh rumuskan bahawa Hijrah itu ialah MENERUSKAN PERJUANGAN.

Jadi atas maksud yang sama saya selaku penulis blog ingin memgumumkan bermula Januari 2011 yang lalu bahawa saya telah berhijrah dari Johor Bahru ke tempat yang baru iaitu Seri Manjung Lumut, Perak. Maka bermulalah penghijrahan saya yang pertama dan perjuangan saya yang seterusnya. InsyaAllah.

Rumah Lama

Rumah Baru

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada dealer-dealer saya yang terkini ke dunia perniagaan Emas Public Gold ketika selama sebulan saya berada di tempat baru. Syabas dan Tahniah! Dalam masa yang sama saya juga telah diucapkan selamat datang oleh rakan-rakan saya ditempat yang baru. Terima Kasih semua!

1. NAMA : Encik Kamarulzaman Bin Abu Bakar
H/P : 0135305875
EMAIL : abkamal23@yahoo.com
LOKASI : Sitiawan, Air Tawar & Pantai Remis.

2. NAMA : Tn Hj. Othman Bin Idris
H/P : 0195566190
EMAIL : manderis61@yahoo.com
LOKASI : Sungai Petani, Kulim & Butterwoth

3. NAMA : Pn. Nurul Ainun Binti Nordin
H/P : 0125868306
EMAIL : ainun_nurul@yahoo.com
LOKASI : Kangar, Beseri & Kuala Perlis

4. NAMA : Kamarulazizzain Bin Zainun
H/P : 0194589009
EMAIL : kamarulazizzain@gmail.com
LOKASI : Bagan Serai, Bagan Dato’ & Teluk Intan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 08/02/2011 in Uncategorized

 

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: