RSS

Setia Pada Yang Satu

26 Feb

Assalammualaikum…salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan…
Sebelum saya teruskan perbincangan ini, Sempena Memperingati Sambutan Maulidurrasul 1432H, marilah kita sama- sama berselawat keatas junjungan Nabi SAW, nabi yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Alhamdullillah bertemu kembali, pada kali ini saya akan membincangkan topik Setia Pada Yang Satu. Disini ingin saya kongsikan pengalaman mengapa saya menjadi dealer Public Gold pada akhir tahun 2009. Untuk makluman semua sebenarnya saya menjadi dealer Public Gold ini bukanlah untuk mengejarkan kepada komisyen yang diberikan.

Tujuan saya menjadi dealer emas Public Gold sebenarnya ingin membantu orang Melayu Islam kita agar menyimpan duit dalam bentuk emas. Anda boleh bayangkan berapa jauh dari Johor Bahru ke Sunway Petaling Jaya? Saya terpaksa berulang-alik setiap minggu ke sana semata-mata untuk mengambil stok emas atas permintaan pelanggan saya. Jika hendak difikirkan berapalah sangat komisyen yang saya dapat jika ditolak dengan minyak dan tol. Itu tidak dikira tolak penat lagi dan masa saya bersama keluarga. Tetapi niat saya cuma 1 sahaja, asal mereka dapat memegang dan menyimpan emas. Alhamdulillah hari ini Public Gold cawangan Johor Bahru sudah ada, jadi dealer-dealer Johor Bahru tidak perlulah bersusah payah lagi untuk melakukan apa yang saya lakukan dulu.

Saya tahu ramai dealer -dealer diluar sana, tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehi pada hari ini. Itu bergantunglah kepada niat anda mengapa anda membuat perniaagan emas ini. Jika anda niat untuk mengejar kepada keuntungan, anda dapat akan keuntungan semata-mata, tetapi jika anda berniat untuk membantu umat Islam hari ini dalam menyimpan emas dan wang syariah ini, insyaAllah bukan sahaja anda dapat keuntungan, malah lebih dari itu anda akan dapat dari Allah swt. Bak kata-kata ustaz bukan saya yang kata, jika anda kejar dunia anda akan dapat dunia dan jika anda kejar akhirat kedua-duanya anda dapat.

Pengiktirafan Oleh Public Gold - Normal Dealer

Pengiktiraafan Oleh Public Gold - Master Dealer

Alamak dealer-dealer Public Gold sudah lari kepada perniagaan emas yang lain, mengapa kejadian ini berlaku? Adakah tidak cukup besar kominsyennye ka? Adakah tidak cukup stoknye ka? Adakah Public Gold tidak mesra delaernya ka? Adakah terlalu ramai dealernya ka? Ini bergantung kepada diri anda sendiri? Jika anda kata Public Gold terlalu ramai dealer sekarang ini yang menyebabkan stok tidak dapat diambil, hendak ambil makan masa terlalu lama dan anda pula lari kepada perniagaan emas lain. Adakah perkara ini tidak akan berlaku pada perniagaan emas itu pada satu masa nanti akan terdapat juga ramai dealer dan stok tidak dapat ambil juga bagaimana? Berlaku perkara yang sama?

Pada pendapatan saya yang tidak seberapa ini, ingin saya bertanya kepada anda berapa banyak duit sudah anda laburkan dalam Public Gold? Begitu juga dengan masa anda, berapa ribu jam anda sudah labur? Dan sekarang anda lakukan benda yang sama, ulang dan ulang lagi dalam syarikat yang lain. Dealer -dealer anda akan memperhatikan anda dan bertanya, macam mana aku punya Master Dealer nih dah jadi katak ke? Maaf cakap jika kita bandingkan dengan politik, anda lompat parti sana sini. Dimana kredebiliti anda sebagai pemimpin? Sedangkan rakyat telah memilih anda sebagai pemimpin.

Pada saya “Setia Pada Yang Satu” ini pun tidak termampu kita mengendalikannya inikan pula dalam banyak-banyak jenis perniagaan anda ingin “pulun”. Saya fikir tidak rugi kita “setia pada yang satu” walaupun hari ini pendapatan saya dengan Public Gold tidaklah seberapa mana pun, tetapi alhamdulillah boleh lah bayar installment kereta. Sapa nak bagi? Lebih-lebih lagi dalam “Setia Pada Yang Satu” ini pelbagai sumber rezeki telah diperolehi dan telah dikongsi bersama-sama rakan seperjuangan dan kenalan.

Di sini ingin juga ucapkan tahniah kepada Kepada Sifu Emas kita iaitu En. Syukur Hashim dan Pokli atas usaha mereka menjana pendapatan berpuluh-puluh ribu sebulan kerana mereka ini sudah saya katakan tadi “Setia Pada Yang Satu”. Boleh anda bayangkan bagaimana mereka ini jika keadaan sebaliknya?

Pada hari Khamis baru-baru ni, saya telah terima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali dari Ipoh yang datangnya syarikat perniagaan emas ingin menawarkan komisyen yang lebih baik dari Public Gold. Cukuplah saya katakan pada mamat ni, saya “Setia Pada Yang Satu!”

Akhir sekali mohon maaf, ini adalah pandangan saya semata-mata, hanya untuk dikongsi dan bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Boleh dibincangkan dan difikirkan!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26/02/2011 in Kisah teladan

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: