RSS

Orang Miskin Je Yang Pajak Ar Rahnu Ni!!!

08 Mar

Assalammualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan…pembaca budiman yang saya hormati, apa khabar? Alhamdulillah, mudah-mudahan anda sihat hendak-Nya. Bagaimana dengan emas anda? Makin bertambah sihat ke?..Ai pelik ayat tu? Makin tinggi harga hari ini makin bertambah sihat la tu…maknanya makin bertambahlah untung pelaburan anda untuk masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sekalian bagaimana pengalaman sahabat niaga saya ketika dia pertama kali membuat pajakan di sebuah ar rahnu di suatu tempat yang tak perlulah saya nyatakan di sini. Hal ini berlaku semasa permulaan masyarakat kita mengenal pelaburan emas. Ketika beliau berurusan untuk pajakan jongkong emas 100g, nilai pinjaman yang diperolehi adalah dalam lingkungan RM9K lebih pada ketika itu. Selepas membuat pajakan, pegawai arrahnu disitu memberitahu kepada beliau secara sepontan, “Encik! Biasanya orang miskin je yang pajak ar rahnu ni!!!” Beliau terpinga-pinga, lalu beredar keluar dari ar rahnu tersebut beserta wang pinjaman tersebut.

Dalam hal ini, apakah persepsi kita mengenai pegawai arrahnu tersebut terhadap sahabat saya ini?

1. Beliau menganggap bahawa orang miskin sahaja yang biasa membuat pinjaman arrahnu ini, jadi orang yang datang buat pajakan adalah semua di anggap miskin.

2. Mungkin pada fikiran beliau, emas yang digadai adalah untuk digunakan untuk membayar hutang kerana pinjaman yang diberi dalam nilai yang banyak.

3. Pada ketika itu beliau bersangka tidak baik terhadap sahabat, nampak seperti orang miskin tapi sebenarnya dia adalah seorang tokey emas!

4. Nilai pinjaman yang sebanyak itu telah menutup peluang orang lain terutama orang miskin untuk membuat pinjaman.

5.Ar rahnu tersebut tidak begitu kukuh untuk memberi pinjaman dengan nilai yang tinggi.

6. Beliau sendiri yang tidak faham atau belum mengetahui apa fungsi sebenarnya ar rahnu dalam sistem manipulasi emas pada ketika itu. (Mungkin hari ini beliau sudah paham!)

Jadi sesuai ke tidak ayat diatas digunakan untuk pemajak-pemajak emas di arrahnu pada hari ini? Sama-sama kita fikirkan!

 
3 Komen

Posted by di 08/03/2011 in Ar Rahnu

 

Label: ,

3 responses to “Orang Miskin Je Yang Pajak Ar Rahnu Ni!!!

  1. khadijah

    08/03/2011 at 11:17 pm

    Siapa kata org yg ke pajak gadai atau Ar rahnu miskin..? Mereka mungkin ‘miskin’ cash money tp sebalik nya mereka punya aset yg bilamana di perlu kan mereka boleh menggunakan nya utk mendpt kan wang dgn kadar yg segera..jd miskin kah mereka..??

     
    • @s@

      09/03/2011 at 6:39 pm

      Jangan kita miskin budi bahasa…

       
  2. rozi

    05/05/2011 at 3:16 pm

    Saya tak suka berhutang lama2 ..rmh pertama dh hbs byr.jd untuk beli rmh ke2 dgn harga lelong tetiba ..separuh dah byr cash …nk buat loan bank untuk separuh byrn lg byk prosedur dan tentunya pyh klu kita nk loan bwh 3thn… Caranya pajak syiling emas dn bar yg ada ..sblm 3thn InsyaAllah kita dh dpt tebus semua tu …

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: