RSS

Category Archives: Dirham Perak

Dinar Emas Dan Dirham Negeri Perak Telah Muncul!!!

Assalammualaikum tuan-tuan dan puan-tuan pembaca budiman sekalian…apa khabar anda semua?

Alhamdullilah semalam pada 28 Feb. 2011 berlangsungnya majlis pelancaran dinar emas dan dirham perak negeri perak. Negeri ini adalah negeri kedua yang mengeluarkan dinar emas dan dirham perak selepas negeri Kelantan pada Ogos tahun lalu. Kemungkinan selepas ini ada lagi negeri – negeri yang bakal mengeluarkan dinar emas dan dirham peraknya sendiri. Syabas di ucapkan! Sumber : mStar OnLine

Ini menunjukkan bahawa dinar emas dan dirham perak semakin dimartabatkan oleh orang Melayu Islam kita pada hari ini. Oleh itu semakin ramai yang mahu menjadikan wang syariah ini sebagai alternatif pilihan bagi mempelbagaikan pelaburan dan melindungi wang simpanan daripada inflasi. Baca artikel Emas Kalis Inflasi, Bendung Kegawatan Ekonomi

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 01/03/2011 in Dinar Emas, Dirham Perak

 

Label:

Dinar & Dirham Negeri Perak Akan Muncul Tidak Lama Lagi….Tunggu!!!

Assalammualaikum…apa khabar rakyat negeri Perak? Harap-harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Di sini ada satu berita yang hendak dikongsi bersama tuan-tuan dan puan-puan yang mana negeri Perak akan memperkenalkan dinar emas dan dirham sendiri tidak lama lagi. Saya tidak pasti tidak lama lagi tu bila mungkin tahun ini atau tahun hadapan . Kita sama-samalah tungggu ye. Tetapi dinar emas dan dirham yang bakal diperkenalkan bukanlah untuk digunakan untuk urusniaga pada masa sekarang. InsyaAllah akan tiba masanya kita semua akan menggunakannya. Pesanan saya sebelum dinar emas dan dirham negeri Perak diperkenalkan, tidak salah kiranya jika anda membeli dinar emas yang terhangat di pasaran pada ketika ini. Nanti bila dah keluar baru kita semua pakat-pakat duk beli…Betul? Klik Public Gold dan Public Dinar untuk lihat harga semasa hari ini.

Gambar Hiasan

Pautan Akhbar Online:

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12/02/2011 in Dinar Emas, Dirham Perak

 

Label: , ,

Diana Danielle : Jangan Tunggu Lama-lama, Nanti Lama-lama Dia Diambil Orang…

Milik Siapakah Gadis Ini...

Assalammualaikum…salam 1 emas untuk semua rakan-rakan pembaca blog ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan nikmat yang begitu melimpah ruah ini maka dapatlah kita bertemu kembali di arena dunia siber ini. Sempena Maulidur Rasul yang kita sambut baru-baru ni, sama-sama lah kita perbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dimana dengan berkat baginda maka tersebarnya Rahmat ke sekelian alam hingga Hari Kiamat.
Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di 02/03/2010 in Barang Kemas Emas, Dirham Perak, Emas

 

Label: , , ,

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS & PERAK

APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama

( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750 18K mengikut ukuran lama

( g ) 585 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di 24/11/2009 in Dinar Emas, Dirham Perak, Emas

 

Label: , , ,

Kembalilah Kepada Emas Dan Perak

Utusan Malaysia melaporkan bahawa matawang tempatan secara umumnya menunjukkan prestasi memberangsangkan dari segi peningkatan nilai pada tahun ini, khususnya sejak dasar tambatan ringgit dimansuhkan oleh kerajaan pada 21 Julai 2005. Sejak awal tahun ini, nilai ringgit telah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding matawang rizab antarabangsa iaitu dolar Amerika Syarikat (USD) selaras dengan asas ekonomi Malaysia yang terus kukuh, peningkatan tinggi pasaran ekuiti, kenaikan harga komoditi dan kejatuhan dolar AS itu sendiri.

Sejak diapungkan semula pada 21 Julai 2005, nilai ringgit terus melonjak sebanyak 13 peratus daripada paras RM3.80 berbanding dolar AS. Nilai matawang tempatan jika dibandingkan dengan USD pada masa ini telah meningkat sebanyak 4.6 peratus, berbanding nilainya pada awal Januari lalu. Nilai ringgit pada 3 Januari dibuka pada kadar 3.5125 sedolar AS, melonjak dan melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada RM3.3122 sedolar pada 13 Disember lalu, sebelum kembali stabil pada paras 3.352 sedolar semalam.

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19/11/2009 in Dinar Emas, Dirham Perak

 

Label: