RSS

Category Archives: Emas

Berniaga Emas – Peluang Keemasan Yang Sebenarnya!

Assalammualaikum…Salam sejahtera dan salam 1 emas untuk anda semua.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita sering kali terdengar apa-apa saja peraduan, pertandingan dan seumpamanya orang akan berkata “Rebutlah Peluang Keemasan Ini”. Ini bermakna kita disarankan merebut apa-apa peluang yang datang di mana peluang itu dianggap sangat-sangat berharga, jika tidak direbut maka kita akan kerugian.

Di sini ingin saya kongsikan bersama anda, peluang keemasan kita sebenarnya ialah dengan Berniaga Emas. Inilah sebenar-sebenarnya istilah yang boleh diterima pakai dan yang sepatutnya digunakan untuk ayat Peluang Keemasan ini. Tidak sesiapa boleh nafikan. Jadi apa anda tunggu lagi, inilah masanya anda untuk anda merebut peluang keemasan ini dengan Berniaga Emas.

Bagaimana hendak memulakan perniagaan ini? Mungkin dalam minda anda tertanya-tanya soalan ini bukan? Baiklah di bawah ini saya akan sediakan jawapan untuk anda.

Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di 03/04/2010 in Emas, Perniagaan

 

Label: , , ,

Emas Itu Unik

Assalammualaikum..salam persahabatan dan salam sejahtera. Di sini sama-sama kita kongsikan ilmu tentang keunikan emas.

1. Seri Wajah
Air rendaman emas dikatakan mampu menaikkan seri wajah sekiranya anda mengamalkan membasuh muka dengan air berkenaan.

2. Rawatan Wajah
Emas juga sering digunakan dalam persolekan dan rawatan wajah. Ada salun spa memperkenalkan rawatan wajah berteraskan emas kepada pelanggan yang ingin menaikkan seri wajah.

3. Dikebumikan sekali bersama tuannya
Pada zaman Firaun, segala harta benda termasuklah emas akan dikebumikan bersama tuan punya hak milik kerana emas dianggap sebagai barang berharga yang wajar dibawa bersama oleh pemiliknya.

4. Dijadikan susuk
Lantaran kuasa emas, ada individu yang taksub dengan kecantikan wajah memasukkan susuk diperbuat daripada emas pada wajah mereka walaupun hal ini diharamkan dalam Islam.

5. Banyak panggilannya
Terdapat pelbagai panggilan untuk emas antaranya emas paun, emas kuning, emas merah dan emas putih yang setiap jenis mempunyai nilai berbeza.

6. Gandingan emas
Emas 916 sesuai digandingkan dengan batu permata seperti kecubung, delima, zamrud dan nilam, tapi tidak boleh digandingkan dengan berlian kerana ia menenggelamkan seri dan kilau berlian yang bersifat karbon itu.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15/03/2010 in Barang Kemas Emas, Emas

 

Label:

Nak Untung Ke @ Murah…Nak Rugi Ke @ Mahal? Sila Buat Pilihan Anda!

Assalammualaikum dan salam 1 emas..Apa khabar anda semua? Alhamdulillah bersua kita lagi dalam blog ini..Hari ini saya ingin membincangkan topik mengenai kerugian dan keuntungan jika kita silap membuat perhitungan serta membuat pilihan kedai emas yang mana untuk urusniaga emas. Ye la setiap perhitungan kita biasanya kebanyakkan hendak kepada keuntunggan. Tidak seorang pun di antara kita yang inginkan kerugian malah mahu keuntungan yang berlipat kali ganda lagi.

Baru-baru ini saya cuba membuat uji kaji harga emas dan urusniaga trade in barang kemas di kedai emas. Kajian ini dibuat adalah semata-semata untuk membuat perbandingan harga dan rujukan @ references jika ada sebarang pertanyaan customer nanti. Bahan uji kaji saya ialah gelang isteri kesayangan saya (Pn. Zuria Salmiah) yang beratnya 6g. Harga beli tahun 2006 pada harga RM500.00.

Anda mesti nak tahu di mana tempat uji kaji saya? Nak2! Tempat uji kaji yang menjadi pilihan saya ialah Plaza Angsana, Johor Bahru..Di sana terdapatnya 2 kedai emas yang begitu fopular dikalangan kita semua iaitu Wah Chan dan Habib Jewels..Kebetulan kedai emas ini terletak bersebelahan antara 1 sama lain.. Persaingan sihat ni. Ok jom lihat apa keputusan uji kaji ini….check it out!!!

Read the rest of this entry »

 
5 Komen

Posted by di 09/03/2010 in Barang Kemas Emas, Emas

 

Label: , , ,

Diana Danielle : Jangan Tunggu Lama-lama, Nanti Lama-lama Dia Diambil Orang…

Milik Siapakah Gadis Ini...

Assalammualaikum…salam 1 emas untuk semua rakan-rakan pembaca blog ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan nikmat yang begitu melimpah ruah ini maka dapatlah kita bertemu kembali di arena dunia siber ini. Sempena Maulidur Rasul yang kita sambut baru-baru ni, sama-sama lah kita perbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dimana dengan berkat baginda maka tersebarnya Rahmat ke sekelian alam hingga Hari Kiamat.
Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di 02/03/2010 in Barang Kemas Emas, Dirham Perak, Emas

 

Label: , , ,

Pabila Musim Tengkujuh Menjelma…

Assalammualaikum…alhamdulillah tuan-tuan dan puan-puan apa khabar? Salam semangat perjuangan 1 Dinar untuk 1 Keluarga Islam 1 Malaysia untuk kita semua. Mudah-mudahan usaha ini dapat direalisasikan untuk mendinarkan rakyat Malaysia hari ini tercapai jika adanya sokongan dan galakan dari anda semua Insyaallah. Maksudnya saya di sini berniat untuk menggalakan setiap keluarga Islam di Malaysia, bumi yang bertuah ini mesti memiliki dan menyimpan walau hanya 1 Dinar pun tidak mengapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian…tajuk blog yang saya hendak sampaikan hari ini ialah Pabila Musim Tengkujuh Menjelma. Sebagaimana yang diketahui, musim tengkujuh biasanya berlaku di pantai timur dan terjadi antara bulan 11 dan bulan 12 di penghujung tahun. Di musim ini laut bergelora sudah pasti nelayan-nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan. Bermakna mereka tidak mempunyai hasil pendapatan selama beberapa bulan.

Read the rest of this entry »

 
5 Komen

Posted by di 22/02/2010 in Emas, Kisah teladan

 

Label: , ,

Emas Yang Hilang Dari Bumi Iraq

Emas Saddam Hussien

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19/02/2010 in Emas, Uncategorized

 

Label: ,

Usaha Sebarkan Emas Adalah 1 Kerja Yang Mulia?

Assalammualaikum dan salam percutian 1 Malaysia sempena Tahun Baru Cina. Apa khabar anda semua? Sudah puas bercuti atau ingin bercuti lagi? Alhamdulillah saya baru sahaja pulang bercuti di kampung halaman di Kuantan, Pahang. Lega rasanya setelah dapat mendakap dan memeluk ibu tercinta serta mencium tangan bapa dan sayu di hati kerana dapat melihat air muka mereka begitu ceria sekali kerana anak cucu pulang ke pangkuan setelah sekian lama diperantauan. Terasa ingin sekali tiap-tiap bulan saya melawat mereka tetapi apakan daya jarak, masa dan tugas menjadi halangan untuk berbuat demikian.

Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di 16/02/2010 in Emas, Kisah teladan

 

Label: , ,