RSS

Category Archives: Uncategorized

Ucaplah Terima Kasih…

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua…apa khabar? Lama tidak bersua bukan? Tidak mengapa yang penting anda masih sudi untuk menjengah blog saya tidak seberapa ini. Terima kasih.

Tuan – tuan dan puan – puan…

Ucapan “Terima Kasih” biasa diucapkan seseorang pada saat menerima sesuatu dari orang lain. Sesuatu ini biasanya berupa bantuan, hadiah atau pemberian lain dari orang lain yang dianggap bermakna oleh penerima sesuatu tersebut.

Hari ini ucapan terima kasih amat berat sekali untuk dilafazkan walaupun ianya hanya 2 patah perkataan sahaja 1. Terima 2. Kasih. Misalnya ketika si A membantu si B, seharusnya si B mengucapkan terima kasih. Walaupun sebenarnya si A membantu dengan ikhlas, alangkah baiknya si B mengucapkan terima kasih. Ini adalah kerana bagi si A ucapan terima kasih sangat bermakna sekali.

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29/04/2011 in Kisah teladan, Uncategorized

 

Label: ,

Pencarian Emas Yang Hilang Telah Berhijrah?

Assalammualaikum…alhamdullillah, bertemu kembali tuan-tuan dan puan-puan. Pertemuan pada kali ini mungkin akan menyemarakkan lagi perjuangan saya dan anda sekalian dalam memartabatkan emas dikalangan orang Melayu Islam kita. Hari ini bermulanya semula saya dalam penulisan blog ini bukannya untuk suka-suka @ mengada-ngada tetapi hanya satu tujuan agar kita semua sedar bahawa peri pentingnya menyimpan emas tidak kiralah untuk pelaburan atau simpanan. Mohon maaf jika anda terasa. Mohon maaf juga jika tulisan saya yang tidak seberapa ini adalah hanya semata – mata untuk dikongsikan bersama. Untuk maksud itulah hari ini kita lihat makin ramai dikalangan umat Malaysia yang telah sedar tentang perkara ini. Jadi tidak hairanlah jumlah Dealer-dealer Public Gold yang semakin hari semakin ramai dan tidak ketinggalan juga dealer-dealer emas syarikat lain yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 08/02/2011 in Uncategorized

 

Label: , ,

Emas Yang Hilang Dari Bumi Iraq

Emas Saddam Hussien

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19/02/2010 in Emas, Uncategorized

 

Label: ,

Inflasi Oh Inflasi…Engkau Datang Dan Engkau Pergi…

Assalammualaikum…pembaca sekalian pernah dengar Sindrom Katak? Apa tu…

Sindrom Katak

Jika anda campak seekor katak ke dalam sebuah bekas air yang berisi air panas, katak tersebut akan melompat keluar. Tapi jika anda letak katak tersebut kesebuah bekas yang mengandungi air yang suam-suam panasnya dan kemudia mula beransur-ansur memanaskan bekas tersebut, katak tersebut tidak akan melopat keluar. Ini adalah kerana katak tersebut dapat menerima perubahan suhu persekitaran beliau. Walaubagaimanapun jika air di dalam bekas tersebut mula mencapai kepada suhu yang akan menggelegak, katak tersebut akan mati tentunya. Ini dipanggil “Sindrom Katak”.

Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di 28/01/2010 in Uncategorized

 

Label: , ,

Anda Tahu Apa Itu Inflasi?

Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan barang dan perkhidmatan) yang berterusan.

APAKAH PUNCA INFLASI?

1. Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27/01/2010 in Uncategorized

 

Label:

Duit syiling emas terbesar – 1 juta dollar CANADA

Duit syiling emas terbesar berat 100 kg (220 £ 7 oz), saiz 50 cm (19,6 in) diameter, 3 cm (1.1 in) ketebalan dan diperbuat daripada emas jongkong dengan ketulenan 99,999 % . Syiling ini diperkenalkan pada tarikh 3 April 2007 oleh Royal Canadian Mint dengan nilai nominal CAN $ 1 juta (US $ 900,375; £ 451,585).

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27/12/2009 in Uncategorized