RSS

Ucaplah Terima Kasih…

29 Apr

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua…apa khabar? Lama tidak bersua bukan? Tidak mengapa yang penting anda masih sudi untuk menjengah blog saya tidak seberapa ini. Terima kasih.

Tuan – tuan dan puan – puan…

Ucapan “Terima Kasih” biasa diucapkan seseorang pada saat menerima sesuatu dari orang lain. Sesuatu ini biasanya berupa bantuan, hadiah atau pemberian lain dari orang lain yang dianggap bermakna oleh penerima sesuatu tersebut.

Hari ini ucapan terima kasih amat berat sekali untuk dilafazkan walaupun ianya hanya 2 patah perkataan sahaja 1. Terima 2. Kasih. Misalnya ketika si A membantu si B, seharusnya si B mengucapkan terima kasih. Walaupun sebenarnya si A membantu dengan ikhlas, alangkah baiknya si B mengucapkan terima kasih. Ini adalah kerana bagi si A ucapan terima kasih sangat bermakna sekali.

Saya selaku pendidik, jarang sekali mendengar pelajar-pelajar mengucapkan terima kasih encik selepas waktu kuliah berakhir. Bukan saya hendak dihargaikan tetapi sopan santun dan adab dengan guru perlu dititik beratkan.

Selain itu jika kita membeli barangan tidak kiralah kedai runcit, pasaraya atau pasaraya besar jarang sekali kita diucapkan dengan terima kasih oleh peniaga atau chasier. Selalunya kita yang mengucapkan terima kasih. Dah terbalik lah pulak.

Pengalaman saya pada ada satu ketika mengisi minyak di stesen Petronas, sudahlah tidak ucap terima kasih malah dengan mukanya yang masam menyebabkan saya menjadi tawar hati untuk kembali mengisi minyak di situ lagi.

Pesan saya, ucaplah terima kasih dengan setiap pembelian pelanggan anda dengan senyuman walaupun harga barang itu 10 sen sekali. Walaupun sederhana tetapi bermakna. Di sebabkan ucapan 2 perkataan itu tadi pelanggan akan kembali kepada kita, mungkin RM1.00 atau lebih dengan belian RM10.00.

Jadikanlah amalan ucapan terima kasih di dalam rumah kita dan jangan lupa kita berterima kasih kepada ALLAH SWT (bersyukur) dengan rezeki melimpah ruah yang terima oleh kita pada hari ini. Mudah-mudahan kita semua dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah Amin!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29/04/2011 in Kisah teladan, Uncategorized

 

Label: ,

Tinggalkan komen